Anizan Che Mat HBMT4103

download Anizan Che Mat HBMT4103

of 20

Transcript of Anizan Che Mat HBMT4103

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    1/20

    FAKULTI :

    PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER / TAHUN

    MEI / 2014

    KOD KURSUS

    HBMT4103_V2SMP

    TAJUK KURSUS

    TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

    DI SEDIAKAN OLEH : ANIZAN BT CHE MAT

    NO. MATRIKULASI : 770805035800001

    NO. KAD PENGENALAN : 770805035800

    NO. TELEFON : 0129601122

    E MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    2/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~1~

    1.0 Pengenalan

    Di Malaysia, Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib

    diambil oleh semua pelajar sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Matematik

    perlu diajar di sekolah bagi melahirkan individu yang boleh mengaplikasikan pengetahuan

    Matematik dalam kehidupan seharian. Menurut Abd. Rahim, (2000), Matematik adalah

    pengetahuan teras yang perlu dikuasai selaras dengan wawasan pendidikan negara untuk

    melahirkan warganegara yang berketerampilan dalam pelbagai bidang bagi membolehkan

    pelajar-pelajar memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa dan Negara kelak

    Kurikulum matematik sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu

    matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam kalangan

    murid. Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu

    dan kemahiran matematik dan memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat

    keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti subjek lain

    dalam kurikulum sekolah menengah, Matematik bertujuan menanam nilai murni dan cinta

    kepada negara dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang

    ke arah keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya.

    Sehubungan itu, pengajaran dan pembelajaran matematik KBSM perlu dirancang dan

    dikendalikan dengan lebih efektif bagi mewujudkan pengalaman, keseronokan dan cabaran

    kepada murid. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza perlu

    diambilkira dan diberi perhatian kerana ia akan menyumbang kepada kecenderungan murid

    terhadap subjek matematik. Di samping itu guru juga perlu mewujudkan suatu suasana

    persekitaran bilik darjah yang kondusif supaya ini akan menarik minat murid dan seterusnya

    menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran matematik. Ramai

    yang tidak sedar bahawa terdapat hubungan langsung di antara pemikiran matematik dengan

    kehidupan seharian. Setiap pemikiran akan melibatkan proses memberi sebab dan alasan

    terhadap sesuatu keputusan atau tindakan. Begitu juga dengan matematik, setiap pemikiran

    memerlukan pentafsiran secara logik dan perlu disokong oleh sebab dan alasan yang

    munasabah.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    3/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~2~

    Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid-murid

    memperoleh pengetahuan matematik dan kemahiran, dan membangunkan peringkat lebih

    tinggi menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan untuk membolehkan

    murid -murid untuk menghadapi cabaran kehidupan harian. (Mahzan, 2006). Di dalam

    Sukatan Matapelajaran Matematik (2006), ada menyatakan bahawa aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran matematik perlu merangkumi kelima-lima penekanan iaitu penyelesaian

    masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, dan penggunaan teknologi.

    Assigment kali ini memerlukan guru meneroka tajuk statistik menengah rendah iaitu

    statistik untuk tingkatan dua dan tingkatan tiga. Di sini akan dikupas mengenai konsep asas

    statistik, kegunaan statistik, mengupas sekurang-kurangnya tiga artikel dan seterusnya

    membincangkan strategi-startegi yang di tulis di dalam artikel. Selain itu juga tugasan

    memerlukan guru merancang satu aktiviti pengajaran bagi perwakilan dan pentafsiran data

    untuk murid-murid menengah rendah dengan menggunakan sumber dan strategi yng sesuai

    seterusnya memberi justifikasi yang sesuai untuk menyokong hujah-hujah yang telah

    digunakan.

    1.1 Konsep Statistik

    Statistik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun,

    meringkas, mempersembahkan dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan

    dan keputusan berdasarkan hasil penganalisian data tersebut. Menurut Kamus Pelajar Edisi

    Ke-2, statistik ialah keterangan tentang sesuatu yang ditunjukkan dengan angka;catatan

    angka-angka;perangkaan, dan Ilmu pengetahuan tentang sesuatu yang penyelidikannya atau

    kesimpulannya berdasarkan bukti dalam bentuk angka-angka atau bilangan. Manakala

    menurut kamus Dewan edisi ke empat, statistik dapat didefinisikan sebagai Catatan angka-

    angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka, perangkaan;

    dan juga Cabang pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu yang didasarkankepada bukti-

    bukti dalam bentuk angka atau bilangan.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    4/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~3~

    Menurut McClave & Sincich (2003), statistik merupakan satu kajian sains tentang

    data. Ianya melibatkan proses mengumpul, mengelas, membuat rumusan, membuat analisis

    dan membuat pertejemahkan terhadap sesuatu data. Sanders and Smidt, (2003 ) pula statistik

    merupakan satu ilmu sains tentang proses mengumpul data dan membuat pengelasan,

    analisis, rumusan, menterjemah dan mempersembahkan data tersebut untuk membuat satu

    keputusan tentang satu kajian yang telah dibuat.

    Berasal dari istilah dalam bahasa latin moden statisticum coll egium(dewan negara)

    dan di dalam bahasa Itali pula disebut sebagai statista (negarawan atau ahli politik).

    Menurut Gottfried Achenwall (1749) , perkataan statistik telah digunakan dalam bahasa

    Jerman untuk pertama kalinya sebagai nama bagi kegiatan analisis data kenegaraan, dengan

    mentaksirkannya sebagai ilmu tentang negara (state). Pada abad ke 19 Sir John Sinclair

    memperkenalkan nama Statistics di dalam B.Inggeris . Cabang statistik yang penggunaannya

    sangat meluas ketika ini dikembangkan pada paruh kedua abad ke-19 dan awal abad ke-20

    oleh Ronald Fisher (peletak dasar statistik inferensi ( regresi linear), dan William Sealey

    Gosset (meneliti masalah sampel berukuran kecil). Peng), Karl Pearson gunaan statistik pada

    masa sekarang boleh dikatakan telah menyentuh semua bidang ilmu pengetahuan

    Bidang statistik merupakan sebahagian daripada Matematik. Walaubagaimanapun,kebanyakan pelajar tidak meminati subjek ini serta menganggap subjek ini sukar dan abstrak

    bagi mereka (Lim, Fatimah dan Munirah, 2003). Statistik memainkan peranan yang penting

    dalam kehidupan kita seharian. Ia digunakan untuk memudahkan data yang dikumpul supaya

    dapat diproses atau divisualisasikan dalam bentuk yang lebih senang dan tepat. Melalui

    proses ini, kita dapat memahami dan menggunakannya untuk membuat keputusan dalam

    beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Bidang ini menumpukan kepada

    pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk

    menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, topik statistik telah di perkenalkan

    seawal tahun 3 iaitu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Berikut

    adalah senarai kemahiran statistik yang diajar diperingkat KSSR / KBSR:

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    5/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~4~

    Tahun Kandungan kemahiran

    Tahun 3

    (KSSR) Mengumpul, mengelas dan mengumpul data

    Tahun 4(KSSR)

    Menggunakan piktograf untuk membaca dan memaparmaklumat/data

    Menggunakan graf palang untuk membaca dan

    memaparkan data.

    Tahun 5(KBSR)

    Memahami dan menggunakan istilah-istilah yang berkait

    dengan purata

    Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentangpurata

    Memahami istilah-istilah yang berkait dengan pengendaliandata di dalam graf palang

    Mengendali dan menghurai data daripada carta dan jadual

    Tahun 6((KBSR)

    Memahami dan mengira purata Mengendali dan menghurai data daripada carta dan jadual

    Statistik Menengah Rendah pula bermula di tingkatan 2. Berikut merupakan bidang statistik

    yang diajar di peringkat menengah rendah:

    Tingkatan Kandungan kemahiran

    Tingkatan 2

    Memahami konsep data Memahami konsep kekerapan

    Mewakilkan dan mentafsir data dalam piktograf, cartapalang dan graf garis untuk menyelesaikan masalah.

    Tingkatan 3 Mewakilkan dan mentafsirkan data dalam carta pai untukmenyelesaikan masalah.

    Memahami dan menggunakan konsep mod, median dan

    min untuk menyelesaikan masalah.

    2.0 Kajian Literatur

    Kajian Lepas atau Literature Review adalah a critical analysis of the research

    conducted on a particular topic or question in the field of science. Ia merupakan analisa

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    6/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~5~

    berupa kritik (membangun maupun menjatuhkan) dari penelitian yang sedang dilakukan

    terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap suatu bagian dari keilmuan. Literature

    Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah

    terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain. Berikut kajian literatur

    yang membincangkan strategi-starategi pengajaran dan pembelajaran statistik yang telah di

    dipetik daripada beberapa artikel .

    2.1 Kajian Literatur 1

    Kajian yang dijalankan oleh Shaharuddin Bin Md Salleh & Hanapi Bin Misman

    daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk menguji

    keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Perisian Komputer (PBK) bagi Tajuk Statistik(II)

    yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 di 2 buah sekolah Daerah Kota

    Tinggi, Johor. Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif yang dirancang iaitu keberkesanan

    diantara kaedah pengajaran menggunakan perisian dan kaedah pengajaran bercorak

    tradisional. Selain dari itu kajian mengenai faktor faktor keberkesanan dan faktor faktor

    ketidak keberkesanan PBK juga dilaksanakan. Seramai 80 orang pelajar tingkatan tiga dipilih

    daripada dua buah sekolah menengah yang mewakili pengajaran PBK dan tradisional. Secara

    keseluruhannya, penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan perisian komputer telahmemberi kesan yang positif ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

    Hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati pengajaran

    berasaskan perisian lebih berkesan berbanding pengajaran sacara tradisional. Catatan analisis

    data yang dibuat, pengajaran berasaskan perisian mencatatkan purata nilai min yang tinggi

    iaitu sebanyak 3.988 manakala dalam pengajaran secara tradisional pula purata nilai min

    yang dicatatkan sebanyak 2.63 sahaja. Ini menujukkan tahap keberkesanan pembelajaran

    berasaskan perisian mempunyai purata nilai min yang lebih tinggi berbanding pengajaran

    secara tradisional. Jika dilihat dari contoh kajian yang lepas, terdapat beberapa jenis

    perbezaan diantara pembelajaran berasaskan perisian berkomputer dan pembelajaran secara

    tradisional. George (1992) yang membuat kajian untuk membanding kesan pembelajaran

    berbantukan perisian komputer dan pembelajaran secara tradisional di mana hasilnya terdapat

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    7/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~6~

    perbezaan yang signifikan dalam skor ujian dimana kesan pembelajaran berasaskan perisian

    mencatatkan skor yang lebih tinggi berbanding skor pencapaian pembelajaran secara

    tradisional. Kim dan Mc Lean (1995) pula membuat kajian keatas 208 orang pelajar di

    Korea, mendapati pelajar lebih bermotivasi dan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian

    apabila melalui pembelajaran berasaskan komputer. Kesimpulannya corak pengajaran PBK

    boleh dirumuskan sebagai corak pembelajaran yang lebih berkesan berikutan nilai min yang tinggi.

    2.2 Kajian Literatur 2

    Kajian yang dijalankan oleh Suhana bt. Matlin dan Chai Chang Yeah daripada

    Politeknik Kuching Sarawak adalah bertujuan bertujuan untuk meninjau keberkesanan

    kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) iaitu Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar STAD

    (Student Teams-Achievement Divisions) dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap

    pencapaian pembelajaran Statistik di kalangan pelajar Diploma Akauntansi, Politeknik

    Kuching Sarawak. Seramai 57 orang pelajar daripada dua seksyen Diploma Akauntansi

    terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini telah menunjukkan pengajaran dan pembelajaran

    kursus Statistik dengan pendekatan pembelajaran koperatif adalah amat berkesan. Ini

    berdasarkan dengan peningkatan pencapaian min yang lebih tinggi bagi kumpulan yang

    diajar dengan kaedah pembelajaran koperatif STAD berbanding dengan peningkatan

    pencapaian min bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran tradisional.

    Kesimpulannya, penggunaan kaedah koperatif STAD boleh dijadikan sebagai salah satu

    kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi kursus Statistik.

    Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah PK STAD merupakan kaedah yang

    lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT dalam pencapaian ujian Statistik. Secara

    perbandingan bagi kumpulan eksperimen yang mengikuti kaedah PK STAD, peningkatan

    pencapaian pelajar kumpulan homogenus adalah lebih baik daripada pelajar kumpulanheterogenus. Berdasarkan dapatan kajian ini, para pendidik seharusnya peka dengan

    persekitaran pendidikan yang sentiasa berubah, termasuk juga kebolehan dan gaya

    pembelajaran pelajar. Kajian ini juga mungkin dapat dijadikan satu perintis dan landasan

    untuk kajian yang lebih luas dan mendalam dalam bidang yang sama bagi program dan

    kursus yang lain.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    8/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~7~

    Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif menunjukkan bahawa peningkatan pencapaian

    pelajar bagi kumpulan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif adalah lebih baik

    berbanding kumpulan kaedah pengajaran tradisional. Ini disokong oleh Slavin (1990), yang

    menyatakan kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian

    akademik hampir untuk semua peserta yang terlibat kerana interaksi antara pelajar dapat

    meningkatkan kebolehan seseorang pelajar itu memproses maklumat dan seterusnya

    meningkatkan pencapaian pelajar.

    2.3 Kajian Literatur 3

    Artikel ini di petik daripada laporan projek statistik yang bertajuk penerokaan

    pemikiran konsep perwakilan data di kalangan murid-murid sekolah rendah. . Kajian

    dilakukan ke atas pelajar-pelajar Tahun 6 di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar.

    Bilangan populasi bagi kajian ini adalah seramai 88 orang pelajar. Manakala jumlah sampel

    yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah seramai 25 orang pelajar dan mereka

    terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 6. Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk

    memberi kepentingan kepada guru untuk melihat bagaimana murid menerokai pemahaman

    konsep tentang data, dan bagaimana cara mereka mengumpul maklumat atau data. Kajian ini

    juga dapat melihat bagaimana murid menggunakan kreativiti mereka untuk

    mempersembahkan data daripada maklumat yang mereka telah perolehi dengan

    menggunakan bahan-bahan yang diberikan. Kajian ini juga memberi pendedahan kepada

    murid untuk menerokai konsep pemahaman tentang data dengan aktiviti disediakan yang

    diharapkan boleh dikuasai oleh murid secara menyeluruh semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam bilik darjah.

    Menurut NCTM Standard 10 (2000), standard pembelajaran statistik bagi gred 5-8

    adalah semua murid sepatutnya memahami bagaimana cara untuk menyusun data daripada

    carta atau graf dan membaca maklumat daripada data yang dipersembahkan. Konsep ini

    seharusnya diketengahkan ke gred pertengahan di mana data dikumpul dan disusun supaya

    pembelajaran menjadi lebih menarik. Fokus terhadap kajian ini adalah untuk menerokai

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    9/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~8~

    pemikiran murid terhadap konsep data dan sejauh mana murid dapat mengumpul maklumat

    atau data berdasarkan kepada tajuk-tajuk kecil yang diberikan kepada mereka. Dan juga

    bagaimana murid dapat mempersembahkan data atau maklumat yang mereka telah perolehi

    menggunakan kreativiti mereka sendiri.

    Murid-murid ini diberikan peluang untuk membuat aktiviti secara berkumpulan

    dengan setiap kumpulan memilih tajuk kecil tentang pengumpulan data. Aktiviti ini

    dijalankan adalah untuk membantu mereka belajar bagaimana untuk mengumpul data dan

    maklumat serta melihat kreativiti mereka dalam mempersembahkan data yang dikumpul ke

    dalam bentuk yang lebih difahami. Aktiviti ini juga dilakukan untuk melihat bagaimana

    murid ini dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan masing-masing semasa proses

    pengumpulan dan mempamerkan data. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka

    tentang statistik dengan idea yang berbeza. Dalam mempersembahkan data pula, murid diberi

    kebebasan untuk mengikut idea mereka sendiri dan bagaimana cara untuk data itu

    dipersembahkan.

    3.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain.

    Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi,

    ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM,

    1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik

    mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence)

    dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan

    dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).

    Berikut merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih

    Tajuk : Carta palang, Graf garis dan carta pai

    Tajuk Berkaitan : Statistik

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    10/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~9~

    Aras Berkaitan : Tingkatan 3

    Pengetahuan Sedia Ada :

    a) Pelajar tahu tentang data dan merekod data

    Aras Kemahiran : MS-Excel

    Masa : 80 minit

    Jenis Tugasan : Penyiasatan dan Penerokaan

    Pendekatan Pembelajaran : Pembelajaran koperatif

    Objektif :

    a) Pelajar dapat mewakilkan data dengan carta-carta tertentu berdasarkan maklumat

    yang diberi

    b) Pelajar dapat membuat huraian dan interprestasi daripada carta yang di bina.

    Tugasan Murid :

    Setiap aktiviti yang diberi akan dijalankan secara berkumpulan dan kumpulan mahir akan

    menyelesaikan aktiviti menggunakan perisian MS-Excel untuk membuat carta-carta

    tertentu.

    Langkah 1 :

    Guru membahagikan tugasan kepada 4 bahagian :

    Bahagian 1: Aktiviti 1

    Bahagian 2: Aktiviti 2

    Bahagian 3: Aktiviti 3

    Bahagian 4: Aktiviti 4

    Langkah 2 :

    Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 4 orang. Setiap anggota kumpulan akan

    membaca bahagian masing-masing.

    Contoh :

    Nama Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    11/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~10~

    1 A1 B1 C1 D1

    2 A2 B2 C2 D2

    3 A3 B3 C3 D3

    4 A4 B4 C4 D4

    Pelajar A1 akan membaca Bahagian 1 dan membuat Aktiviti 1

    Pelajar A2 akan membaca Bahagian 2 dan membuat Aktiviti 2

    Pelajar A3 akan membaca Bahagian 3 dan membuat Aktiviti 3

    Pelajar A4 akan membaca Bahagian 4 dan membuat Aktiviti 4

    Langkah 3:

    Pelajar daripada kumpulan yang sama akan bertemu dalam kumpulan mahir untuk

    berbincang dan menulis laporan bagi bahagian masing-masing. Kumpulan mahir akan

    menyelesaikan soalan menggunakan MS-Excel.

    Peraturan kepada kumpulan pelajar mahir

    Peraturan 1 : Membaca soalan dan faham soalan

    Peraturan 2 : Mencatat dan membuat draf jawapan

    Peraturan 3: Menyusun dan menulis jawapan

    Peraturan 4 : Menyemak semula jawapan

    Langkah 4 :

    Pelajar kembali kepada kumpulan asal masing-masing dan mengambil giliran memberi

    penerangan dan tunjuk ajar kepada ahli kumpulan dengan menyemak laporan dan

    aktiviti daripada kumpulan mahir. Pelajar akan membuat interprestasi terhadap

    jawapan yang diperolehi.

    (Daripada Aktiviti 1 hingga Aktiviti 4)

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    12/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~11~

    Langkah 5 :

    Secara individu pelajar akan diuji dengan menggunakan solan kuiz .Markah setiap individu

    akan dijumlahkan untuk mendapat markah kumpulan

    Langkah 6 :

    Markah kumpulan tertinggi akan diberi ganjaran oleh guru.

    Panduan Guru

    1. Guru menerangkan secara ringkas bentuk-bentuk carta seperti carta palang, carta pai

    dan graf garis.

    2. Kaedah pengajaran yang digunakan ialah pembelajaran berkumpulan ( Pembelajaran

    Koperatif)

    3. Pelajar dibahagikan kepada 4 bahagian . Setiap bahagian mempunyai 4 orang pelajar.

    4. Guru mengedarkan Lembaran kerja Aktiviti kepada Kumpulan A, B, C dan D

    5. Selepas itu, pelajar diminta berkumpul dalam kumpulan mahir yang

    terdiri daripada:

    Contoh : A1, B1, C1, D1 dan seterusnya untuk berbincang dan memberi

    interprestasi terhadap hasil kerja masing-masing.6. Kemudian, guru meminta pelajar kembali kepada kumpulan asal untuk memberi

    penerangan kepada ahli kumpulan yang lain.

    7. Guru juga perlu membimbing pelajar dengan bertanyakan pelajar seperti :

    a) Bagaimana pelajar mendapat kekerapan dari data yang diperolehi.

    b) Bagaimanakah pelajar mencari peratus dan purata bagi nilai kekerapan tertentu

    c) Bagaimana pelajar mewakili data dengan pelbagai jenis carta yang lain dan

    adakah pelajar rasa ianya sesuai atau sebaliknya.

    Soalan-soalan tersebut bertujuan mencungkil pemikiran pelajar.

    8. Sebagai latihan pengukuhan guru memberi soalan kuiz untuk diselesaikan oleh

    pelajar.

    AKTIVITI

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    13/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~12~

    Arahan : Jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan MS-Excel.

    AKTIVITI 1

    Berikut ialah taburan gred bagi kumpulan Peperiksaan Setengah Tahun untuk

    tingkatan 3 Jupiter.

    A B B B E A B

    D D A D C B C

    E D C E D C B

    C A A C A C D

    C C B E B D E

    C B C C D E C

    a) Masukkan maklumat di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

    b) Gred apakah yang mempunyai kekerapan paling tinggi

    c) Gred apakah yang mempunyai kekerapan paling rendah

    d) Tunjukkan maklumat di atas dengan menggunakan carta palang

    e) Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah yang

    paling sesuai ?

    AKTIVITI 2

    Seorang pelajar Tingkatan 2A mencatatkan markah-markah yang diperolehi dalam

    ujian bulanan bagi matapelajaran matematik. Pada bulan Januari, dia memperolehi 80%

    tetapi pada bulan Februari dia hanya memperolehi 75% . Pelajar tersebut telah

    mengulangkaji dengan tekun untuk ujian seterusnya dan pada bulan Mac , dia memperolehi

    90%. Pada bulan-bulan april, Mei dan Jun, markah yang diperolehi masing-masing ialah

    92% , 95% dan 98%.

    a) Masukkan maklumat di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

    b) Bilakah pelajar itu mendapat tempat tertinggi dalam ujian matapelajaran

    matematik

    c) Perbezaan markah yang diperolehi pada 2 bulan awal

    d) Peratus kenaikan markah di antara bulan Februari dan bulan Jun

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    14/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~13~

    e) Tunjukan maklumat di atas dengan menggunakan graf garis

    f) Pada pendapat anda, adakah cara lain untuk mewakili data ? Cara manakah

    yang paling sesuai ?

    AKTIVITI 3

    Maklumat di bawah menunjukkan jenis pengangkutan yang digunakan oleh pelajar

    untuk ke sekolah.

    Jenis

    PengangkutanBasikal Motorsikal Kereta Bas

    Jalan

    Kaki

    Kekerapan 35 47 13 38 27

    a) Masukkan nilai peratus bagi setiap jenis pengangkutan tersebut

    b) Cari nilai purata bagi jenis pengangkutan yang mempunyai kekerapan tertinggi

    c) Jenis pengangkutan apakah yang paling banyak digunakan

    d) Tunjukkan maklumat di atas dengan menggunakan graf garis

    e) Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah yang

    paling sesuai ?

    AKTIVITI 4

    Kawan setingkatan Jun, Latif mengalami kemalangan jalanraya sewaktu berbasikal pulang

    ke rumah. Latif hanya cedera ringan tetapi basikalnya rosak teruk dan dia tidak mampu

    untuk membaiki basikalnya. Jun telah mengedarkan sebuah tabung dan

    sekeping kertas untuk mendapatkan derma daripada kawan-kawan tang lain dalam kelas itu.

    Berikut adalah angka-angka yang ditulis di atas kertas itu.

    0.50 0.50 0.30 0.20 1.00

    1.00 0.50 0.30 0.50 0.50

    0.30 0.30 0.20 0.50 1.00

    0.50 0.20 0.50 0.20 0.50

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    15/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~14~

    a) Masukkan maklumat di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

    b) Apakah angka yang mempunyai kekerapan terbesar

    c) Apakah angka yang mempunyai kekerapan terkecil

    d) Nyatakan kekerapan bagi mereka yang menderma sebanyak 0.30

    e) Tunjukkan maklumat di atas dengan menggunakan carta pai

    f) Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah

    yang paling sesuai ?

    SOALAN KUIZ

    Pada musim durian yang lepas, Azlan sekeluarga telah pulang ke kampung. Berikut adalah

    kutipan durian selama 5 hari

    Hari Kutipan

    1 Hasil tambah nombor perdana dari 2 hingga 10

    2 Dua kali ganda lebih dari hari pertama

    3 Hasil tambah kutipan hari pertama dengan GSTK 18 dan 24

    4 Hasil tambah faktor kutipan hari ke 3

    5 Hasil tambah 2 gandaan pertama bagi kutipan hari ke 4

    Berdasarkan maklumat di atas,

    Apakah bentuk carta yang sesuai untuk mewakili data di atas ? Mengapa anda

    katakan sesuai ?

    4.0 Strategi Pengajaran dan Sumber

    Statistik adalah salah satu tajuk yang meluas dan ianya diajar secara berperingkat

    iaitu dari peringkat menengah rendah sehingga ke peringkat menengah tinggi. Spesifik dalam

    sukatan pelajaran untuk topik statistik (bahagian 2) memerlukan pelajar mencapai objektif

    yang dikhendaki. Diantara objektif yang dirangka diakhir proses pengajaran dan

    0.30 0.50 0.20 0.40 0.20

    1.00 1.00 0.30 0.20 0.20

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    16/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~15~

    pembelajaran murid seharusnya dapat memahami konsep carta pai dan menyelesaikan

    masalah yang melibatkan carta pai. Konsep yang dimaksudkan pelajar perlu tahu

    menganalisis data dan mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah. Selain dari itu pelajar

    juga perlu tahu konsep min, mod dan median yang merupakan asas dalam tajuk ini selain

    dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan.

    Berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dihuraikan di atas. Strategi

    pengajaran yang dipilih ialah strategi berpusatkan kepada guru dan murid. Menurut Kamus Dewan

    1998, Strategi pengajaran bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau

    kejayaan. Pembelajaran berpusatkan guru merupakan satu strategi di mana guru mengawal

    keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru.

    Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran statistik untuk tingkatan tiga yang

    diterangkan di atas, pembelajaran berpusatkan kepada guru berlaku sewaktu guru

    menerangkan secara ringkas bentuk-bentuk carta palang, carta pai, dan graf garis. Aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran seterusnya berpusatkan kepada murid. Di bawah strategi

    pemusatan murid, murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran, mengikut

    strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

    beliau. Di dalam bilik darjah guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid

    menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara berkumpulan atau individu.

    Aktiviti pengajaran yang di jalankan diatas mengunakan pendekatan berkumpulan

    iaitu pembelajaran kooperatif . Pembelajaran koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil

    supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan

    pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif

    melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson &

    Johnson, 1991). Bentuk pembelajaran kooperatif yang digunakan ialah kaedah STAD. STAD

    merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam

    kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan

    kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan

    diberikan untuk menguji pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu,

    peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    17/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~16~

    markah terbaru dan ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah

    individu akan dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan

    diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama

    supaya mendapat markah yang maksimum.

    Menurut istilah bahasa Melayu sumber bermaksud asal, mula, dan punca1. Manakala

    menurut istilah bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua kebanyakkan rakyat Malaysia

    iaitu source yang bermaksud a person, book, or document that provides information2.

    Manakala menurut ( Yusof :1992 ) Definisi bahan sumber ialah peralatan atau perkakasan

    dan bahan perisian media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi

    menyokong dan mengendalikan sendiri proses pdp. Jika dilihat daripada perspektif

    pendidikan, sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah sebarang penerbitan, gambar,

    carta, objek, alat, radas, perkakas, model atau kemudahan yang berperanan untuk

    memudahkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya sumber

    ialah bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    Bahan sumber yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh

    diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan

    pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen,model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan

    pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti

    buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer.

    Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterangkan sebelum ini, bahan

    sumber yang digunakan ialah lembaran kerja yang menerangkan aktiviti untuk setiap

    kumpulan. Bahan sumber ini disediakan oleh guru. Seterusnya, bahan sumber yang

    digunakan ialah microsoft excel. Microsoft excel ini digunakan oleh murid untuk melukis

    carta palang, carta pai dan juga graf garis. Penggunaan excel ini dapat memberi pengalaman

    baru kepada murid dalam pembelajaran seterusnya menarik minat murid terhadap subjek

    1Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm. 1541

    2Oxford Advanced Learnerners Dictionary International Students Edition. (2006). Oxford University Press:

    New York. Hlm. 1409

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    18/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~17~

    matematik.

    5.0 Justifikasi

    Walaupun pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa yang

    khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan

    yang kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan

    yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan

    pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar.

    Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri

    sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang

    lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar

    menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi, yang

    meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian

    yang lebih baik.

    Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial

    pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran.

    Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial

    mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan

    difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya

    agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

    Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah

    membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut :

    Membaiki hubungan ssosial

    Meningkatkan pencapaian

    Meningkatkan kemahiran pemimpin

    Meningkatkan kemahiran sosial

    Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi

    Meningkatkan kemahiran teknologi

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    19/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~18~

    Meningkatkan keyakinan diri

    6.0 Kesimpulan

    Matapelajaran Statistik ini dimasukkan ke dalam kurikulum Sekolah Rendah kerana

    pakar pendidikan merasakan ilmu statistik itu perlu di ajar pada peringkat kanak-kanak lagi

    supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal bagaimana mengumpul,

    memproses dan menganalisis data supaya mereka mempunyai asas yang kukuh apabila

    mereka melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai pemahaman

    yang tersendiri tentang data. Ada yang berpendapat bahawa data itu ada satu gambar rajah

    dan ada juga yang menyatakan bahawa data itu ialah maklumat yang diwakili dengan carta

    atau jadual. Ini menunjukkan bahawa pelajar ini cuba mentafsirkan makna data itu sendiridengan memberi pelbagai andaian. Ada juga menyatakan data itu sendiri boleh

    dipersembahkan dalam bentuk pokok, kotak, bunga dan macam-macam lagi. Melalui lukisan

    guru dapat menilai sejauh mana pelajar-pelajar ini faham tentang data.

    Namun data ialah maklumat berangka yang memberikan gambaran tentang sesuatu

    peristiwa yang telah berlaku serta dapat member ramalan tentang peristiwa akan datang. Data

    juga membantu manusia membuat keputusan yang melibatkan masalah harian. Melihat

    bagaimana pelajar-pelajar ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka diberi peluang

    untuk mengumpul, mengendali dan mempersembahkan data berdasarkan pengalaman mereka

    sama ada dalam kelas atau pengetahuan am mereka tentang statistik.

    Dalam konsep perwakilan data ianya memerlukan murid mempunyai daya kefahaman

    yang tinggi terhadap sesuatu maklumat yang diberi. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh

    murid melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada mereka untuk

    meneroka pemahaman tentang konsep data. Ramai di kalangan murid tidak dapat membuat

    pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang data kerana mereka kurang

    didedahkan dengan latihan manipulatif. Terdapat beberapa alat bantuan mengajar yang boleh

    digunakan oleh guru untuk menyampaikan konsep perwakilan data seperti contoh lukisan,

    jadual, carta bar dan carta palang.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT4103

    20/20

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800

    ~HBMT3203 SMP~

    ~19~

    RUJUKAN / REFERENSI

    Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Spesifikasi

    Kurikulum Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013),Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modul

    Teras Asas Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012),Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modul

    Teras Asas Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011), Spesifikasi KurikulumMatematik Tingkatan 3.

    Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011), Spesifikasi KurikulumMatematik Tingkatan 2.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Salleh, M. R. (2011, Mac 13). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial.Retrieved Feb 28, 2014, from KUMPULAN PGSR BAHASA MELAYU IPGM KKB:

    http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/03/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html

    Sufean Hussin ( 1992 ),Pengajaran Matematik KBSR, Strategi Membina Kemahiran.KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    http://eprints.utm.my/10934/1/Keberkesanan_PBK_Bertajuk_Statistik__II__Yang_Disediaka

    D_Oleh_KPM_Bagi_Pelajar-

    Pelajar_Tingkatan_Tiga_Di_Dua_Buah_Sekolah_Daerah_Kota_Tinggi,_Johor.pdf

    http://dspace.poliku.edu.my/xmlui/bitstream/handle/123456789/818/PEMBELAJARAN%20KOPERATIF%20STAD.pdf?sequence=1

    https://docs.google.com/document/d/142ceBvcB5tS7y4YW46eUCy1pn15Rg7IvuZEGfvEcY

    44/edit?hl=en

    http://www.oocities.org/gardner02_8/ilmiah1.htm

    http://nenez9595.blogspot.com/2013/05/penyelesaian-masalah-matematik.html