Che Khadijah Hamid

17
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 447 POTENSI PENGGUNAAN DINAR EMAS SEBAGAI MAUQUF WAKAF BERDASARKAN PANDANGAN CENDEKIAWAN WAKAF: SATU ANALISIS KAEDAH PENYELIDIKAN 1 Che Khadijah Hamid 2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang [email protected] Abstrak Pada hakikatnya, sifat wang yang diguna pakai pada masa kini tiada nilai hakiki dan telah menjadi suatu komuniti. Sifat wang sentiasa dispekulasi dan boleh dijual beli serta sewenang-wenangnya diturun naikkan nilai sememangnya kelemahan yang nyata apabila tidak lagi menyandarkan kepada instrumen emas yang lebih stabil nilainya. Persoalan adakah masih wajar menjadikan wang yang hanya bersifat “dayn” sebagai urusan keagamaan seperti ibadat wakaf terus membelenggu umat Islam. Alternatif terbaik jelas kelihatan melalui dinar emas adalah jalan penyelesaian daripada anasir Amerikanisme yang mahu meruntuhkan institusi keagamaan umat Islam. Dengan ini, penelitian berkaitan dengan isu wang fiat dan kepentingan dinar emas mauquf wakaf dihuraikan. Kedua, tumpuan pula diberikan kepada menganalisis kaedah penyelidikan berhubung potensi dinar emas sebagai mauquf wakaf. Kertas kerja ini mengguna pakai analisis kandungan dijadikan kaedah dalam penganalisisan data. Hasil penulisan ini dijangkakan memberi satu anjakan paradigma tentang perlunya keseriusan umat Islam dalam mengembalikan dinar emas sebagai sumber instrumen penting berdasarkan muamalat Islam. Kata Kunci: Kaedah Penyelidikan, Dinar Emas, Wakaf Dinar Emas, Wang fiat, 1 Kertas kerja dibentangkan di “The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference Theme : Islamic Marketing and Assets Management” pada 8-9 Disember 2015 bertempat di Dewan Persidangan Universiti (DPU), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Calon Ijazah Tinggi Doktor Falsafah , Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Transcript of Che Khadijah Hamid

Page 1: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 447

POTENSI PENGGUNAAN DINAR EMAS SEBAGAI MAUQUF WAKAF

BERDASARKAN PANDANGAN CENDEKIAWAN WAKAF: SATU

ANALISIS KAEDAH PENYELIDIKAN1

Che Khadijah Hamid2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia

11800 USM Pulau Pinang

[email protected]

Abstrak

Pada hakikatnya, sifat wang yang diguna pakai pada masa kini tiada nilai hakiki dan

telah menjadi suatu komuniti. Sifat wang sentiasa dispekulasi dan boleh dijual beli

serta sewenang-wenangnya diturun naikkan nilai sememangnya kelemahan yang

nyata apabila tidak lagi menyandarkan kepada instrumen emas yang lebih stabil

nilainya. Persoalan adakah masih wajar menjadikan wang yang hanya bersifat

“dayn” sebagai urusan keagamaan seperti ibadat wakaf terus membelenggu umat

Islam. Alternatif terbaik jelas kelihatan melalui dinar emas adalah jalan penyelesaian

daripada anasir Amerikanisme yang mahu meruntuhkan institusi keagamaan umat

Islam. Dengan ini, penelitian berkaitan dengan isu wang fiat dan kepentingan dinar

emas mauquf wakaf dihuraikan. Kedua, tumpuan pula diberikan kepada menganalisis

kaedah penyelidikan berhubung potensi dinar emas sebagai mauquf wakaf. Kertas

kerja ini mengguna pakai analisis kandungan dijadikan kaedah dalam penganalisisan

data. Hasil penulisan ini dijangkakan memberi satu anjakan paradigma tentang

perlunya keseriusan umat Islam dalam mengembalikan dinar emas sebagai sumber

instrumen penting berdasarkan muamalat Islam.

Kata Kunci: Kaedah Penyelidikan, Dinar Emas, Wakaf Dinar Emas, Wang fiat,

1 Kertas kerja dibentangkan di “The 9th ISDEV International Islamic Development Management

Conference Theme : Islamic Marketing and Assets Management” pada 8-9 Disember 2015 bertempat

di Dewan Persidangan Universiti (DPU), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Calon Ijazah Tinggi Doktor Falsafah , Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Page 2: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 448

PENGENALAN

Kertas kerja ini menghuraikan tentang potensi penggunaan dinar emas sebagai

mauquf wakaf. Seterusnya perbincangan turut menumpukan kepada kaedah

penyelidikan yang menepati keperluan kepada kajian berhubung potensi penggunaan

dinar emas berdasarkan pandangan cendekiawan wakaf. Analisis dihuraikan kepada

tiga tema utama iaitu reka bentuk kajian, pengumpulan data dan penganalisisan

data.Akhirnya, kesimpulan keseluruhan dibincangkan.

PERNYATAAN MASALAH

Pengertian wakaf dan dasar pensyariatan wakaf, jelas menunjukkan bahawa wakaf

merupakan salah satu amalan kebajikan yang terpuji dan dituntut dalam Islam. Di

dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam melakukan

amalan kebajikan dan terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menuntut

umat Islam melakukan amalan kebajikan ini (Abd Shakor Borham, 2011). Oleh yang

demikian, dasar pensyariatan wakaf adalah bermatlamat untuk menahan harta ke

jalan Allah SWT bagi mendapatkan pahala yang berterusan. Dengan kata lain, wakaf

bermaksud menahan sesuatu harta semata-mata kerana Allah S.W.T untuk

kepentingan umum (Mohd Saharuddin Shakrani, Jaafar Ahmad & Mohd Saifoul

Zamzuri, 2003). Selain itu, wakaf disifatkan sebagai amalan kebajikan yang

dilakukan untuk memperolehi pahala yang berkekalan selama mana harta yang

diwakafkan tersebut masih berguna dan bermanfaat kepada orang lain (Abd Shakor

Borham, 2011). Perkara ini dijelaskan melalui pengertian wakaf itu sendiri dimana

dari segi bahasa adalah bererti memegang, melarang, mencegah, menghalang atau

menahan (Mohammad Tahir Sabit Mohammad, 2005). Namun, pendefinisian yang

lebih jelas adalah bermaksud apa-apa harta yang ditahan hak waqif ke atas harta

tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah atau wasiat di samping

mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan Dengan niat untuk mendekatkan

diri waqif kepada Allah SWT (Yayasan Wakaf Malaysia, 2013).

Berbalik kepada keperluan mengekalkan sumber fizikalnya, salah satu syarat untuk

memenuhi perwakafan harta menjadi sempurna (sah) adalah wakaf mesti dilakukan

secara kekal3 (Manual Pengurusan Istibdal Wakaf, 2010). Dijelaskan lagi bahawa,

iman Shafie dan jumhur ulama berpendapat bahawa salah satu syarat wakaf ialah

harta tersebut mestilah satu harta yang kekal. Menurut mazhad Shafie wakaf ialah

menahan harta yang boleh diambil manfaat dengannya serta dikekalkan ain

fizikalnya, dengan memutuskan hak urusan yang dimiliki oleh waqif berkaitan

seperti pusaka, wasiat, hibah dan urusan jual beli (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

t.t).

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan wakaf di Malaysia berasaskan Mazhad Iman

Shafie kerana Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri berasaskan Mazhab

Iman Shafie (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, t.t). Sementara itu, terdapat

3 Seterusnya bagi wakaf khas, tujuan dan maksud wakaf hendaklah dinyatakan Dengan jelas dan yang

terakhir harta yang diwakafkan berkuatkuasa serta merta tidak boleh ditarik balik, tidak boleh diubah-

ubah tujuannya dan tidak boleh tertakluk kepada syarat-syarat. Lihat Manual Pengurusan Istibdal

Wakaf (2010).

Page 3: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 449

beberapa kategori wakaf yang diamalkan di Malaysia antaranya Wakaf Irsad, Wakaf

Istibdal, Sukuk, Wakaf Musytarak, Wakaf Mu’abbad dan Mu’aqqat dan Wakaf Kaki.

Pada masa kini, antara jenis-jenis wakaf yang boleh dikategorikan sebagai

komtemporari ataupun wakaf tunai termasuklah Saham Wakaf, Wakaf Saham,

Wakaf Takaful, Wakaf Tunai Produk Deposit dan Wakaf Tunai Korporat4.

Berdasarkan kepada kategori wakaf komtemporari iaitu wakaf tunai kesemuanya

menggunakan wang fiat sebagai mauquf wakaf. Justeru itu, beberapa persoalan yang

perlu dititikberatkan berkaitan perkara ini. Pertama, sejauh manakah mauquf wakaf

dalam kategori wakaf tunai berupaya mempertahankan salah satu syarat wakaf iaitu

harta yang kekal? Kedua, sejauh manakah kestabilan wang fiat berupaya menjanjikan

ain yang kekal kepada waqif? Persoalan ini ditimbulkan berikutan wang fiat yang

diamalkan pada masakini sering digambarkan mempunyai beberapa kelemahan yang

dibangkitkan.

Pertama, kelemahan yang paling ketara diutarakan berkenaan wang fiat adalah

berkenaan terdapatnya unsur riba. Unsur riba yang sering kali dimaksudkan dengan

tambahan atau subur dalam istilah bahasa, dan mengikut definisi Keputusan Majlis

Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, dari segi syara riba bermaksud tambahan

atau lebihan yang diperoleh oleh salah satu pihak daripada pihak yang lain tanpa

mendapat imbalan yang wajar. Manakala, suatu tukaran ini melibatkan sama ada

tukaran secara jual beli atau tukaran bukan jual beli di antara barangan ribawi (Bank

Muamalat, 2012). Dengan demikian, terdapat ayat Al-Quran5 yang menunjukkan

bahawa sesiapa yang enggan meninggalkan saki baki riba yang telah atau akan

diambilnya maka Allah SWT memberi amaran untuk memerangi mereka. Oleh sebab

itulah, sistem kewangan (wang fiat) yang berasaskan riba telah dikenal pasti sebagai

punca utama wujudnya permasalahan sosio-ekonomi masa kini (Ahamed Kameel

Mydin Meera, 2012)

Ekoran daripada kewujudan unsur riba, maka akan wujudlah kelemahan kedua wang

fiat iaitu berlakunya insflasi. Hal ini berpunca daripada penawaran wang fiat dalam

pasaran yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Berikutan

lebihan penawaran dalam pasaran yang mengakibatkan berlakunya insflasi manakala

kekurangan penawaran wang pula mengakibatkan berlakunya deflasi (Mohd Faiz

Mohamed Yusuf & Mohd Adib Ismail, 2011). Akibatnya, peningkatan kadar inflasi

turut menjejaskan golongan bawahan, mewujudkan kemiskinan, jurang pengagihan

pendapatan bertambah luas dan kehilangan kekayaan negara serta kuasa politk

bertukar tangan (Ahamed Kameel Mydin Meera, 2010). Kesan ini adalah didasari

daripada falsafah penciptaan wang fiat secara keseluruhannya. Rentetan isu inflasi,

secara tidak langsung wujud, kelemahan ketiga yang dikenalpasti iaitu berlaku susut

nilai dalam wang fiat. Kesan daripada percetakan dan pengeluaran tanpa had (Salmy

Edawati Yaacob, Sanep Ahmad & Wan Najihah Wan Mohd Zabaria, 2010) terhadap

wang fiat. Oleh sebab itu, maka akan muncul kelemahan yang keempat iaitu

4 Sebagaimana yang dijelaskan dalam latar belakang kajian berkenaan bentuk-bentuk pelaksanaan

mauquf wakaf di Malaysia pada m/s 11. 5 “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah sisa riba

(yang belum dipungut), jika benar kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukan

(perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan RasulNya akan memerangimu dan jika kamu

bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa,

dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa” (Al-Baqarah: 278-279).

Page 4: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 450

tercetuslah ketidakstabilan dan banyak ketidakadilan dalam sistem wang fiat

terutamanya kepada ekonomi negara-negera membangun (Mohd Nazri Chik, 2011).

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, unsur ketidakpastian

(gharar) yang wujud sebahagian daripada unsur riba juga antara kelemahan kelima

yang dikenal pasti. Grarar bererti sesuatu yang berbahaya dan bermaksud penipuan

atau dari segi istilah merujuk kepada unsur-unsur ketidakpastian (Mohd Hafiz Fauzi,

Muhamad Fadli Abdullah, Nurul Aiman Abdul Basik & Wan Hanan Hanim Wan

Mohamad, t.t). Hal ini kerana, Rasulullah SAW sendiri melarang transaksi

melibatkan gharar kerana mengandungi unsur spekulatif yang boleh membawa

kepada perbalahan dan ketidakadilan kepada salah satu pihak yang berkontrak.

Sehubungan itu, para fuqaha berpendapat bahawa gharar merupakan salah satu

kekangan yang boleh menyebabkan sesuatu transaksi menjadi tidak sah. Kesannya

jika dilihat kepada landskap kewangan pada hari, didapati bahawa unsur gharar

adalah sukar untuk dihapuskan sepenuhnya (Nor Fahimah Mohd Razif & Shamsiah

Mohamad, 2011).

Selain itu, kelemahan keenam pula adalah sifat wang fiat yang tiada nilai intrinsik.

Nilai instrinsik ialah nilai atau logam harga nyata daripada bahan yang digunakan

untuk membuat wang itu sendiri (Deliarnov et al, 2006). Oleh yang Demikian,

terdapat pendapat yang menyatakan wang fiat tidak boleh dijual beli ekoran sifatnya

yang tiada nilai intrinsik (Mahathir Mohamad, 1998).

Lantaran itu, terdapat sekurang-kurangnya enam kelemahan wang fiat yang telah

diteliti antaranya terdapatnya unsur riba, berlakunya inflasi, susut nilai,

ketidakstabilan, unsur ketidakpastian (gharar) dan tiadanya nilai intrinsik dalam

wang fiat. Maka, satu persoalan lagi yang muncul adalah adakah unsur-unsur yang

terdapat dalam wang fiat tidak mengganggu gugat kelancaran pahala yang berterusan

yang sepatutnya dimiliki oleh waqif? Lebih-lebih lagi, konsep wakaf tunai yang

diamalkan di Malaysia adalah mengumpul kutipan hasil sumbangan (saham atau

wang fiat) dan disimpan di dalam akuan yang telah ditetapkan kemudian sekiranya

sesuatu jangka masa telah mencukupi ataupun kutipan sumbangan telah menepati

sasaran barulah sesuatu projek pembangunan dilaksanakan. Hal ini bermakna, satu

jangka masa telah diambil. Persoalannya, adakah jangka masa yang diambil tersebut

tidak mengganggu ain waqif. Sedangkan wang fiat nilainya sentiasa turun naik

mengikut pasaran semasa. Tambahan pula, salah satu syarat perwakafan menjadi

sempurna adalah keperluan mengekalkan sumber fizikalnya. Pada hakikatnya, sudah

terdapat bukti kajian yang dijalankan oleh penyelidik sebelum ini yang menyifatkan

bahawa wang fiat sebenarnya tidak menepati maqasid wakaf. Dapatan kajian Razali

Othman (2014), mendapati dua dapatan yang signifikan ditemui. Pertama, hukum

wakaf adalah harus. Justeru, wakaf tunai boleh diamalkan mengikut pandangan

syarak. Kedua, berdasarkan perspektif maqasid wakaf, penggunaan wang fiat sebagai

instrumen wakaf tunai tidak mematuhi hukum syarak.

Berbalik kepada sisi yang lain, keperluan kepada tuntutan sejarah adalah antara

perkara yang perlu diambilkira oleh umat Islam di negara-negara Islam amnya dan

khususnya umat Islam di Malaysia. Demikian juga penelitian ke atas sistem monetari

memperlihatkan sejarah dan pengenalan mengenai mata wang adalah turut sama

menjadikan emas sebagai mekanisme pertukaran yang utama. Hal ini kerana, sistem

Page 5: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 451

mata wang yang diamalkan sebelum ini iaitu Sistem Piawaian Emas dan Sistem

Bretton Woods dimana kedua-dua sistem ini adalah secara prinsipnya masih

mengekalkan emas sebagai piawaian dan nilai asas mata wang dan kadar tukaran

tetap. Walaupun pada hakikatnya, umum mengetahui bahawa mata wang pada era

globalisasi kini adalah berasaskan kepada sistem mata wang apungan (wang fiat)

yang tidak lagi menjadikan emas sebagai sandaran.

Selain itu, sejarah lampau telah membuktikan bahawa dinar emas telah wujud sekitar

zaman sebelum Islam lagi. Pada ketika itu, dominasi kerajaan Rom dan Parsi

terserlah dengan penciptaan wang syiling dinar. Pada abab ke-2 M, penciptaan

syiling emas Rom dikenali sebagai denarius pada ketika itu. Manakala, pada tahun

546 S.M kerajaan Parsi turut sama menempa mata wang kerajaannya. Selanjutnya,

pada era pemerintahan Islam juga turut berlaku perkembangan dinar emas. Semasa

pemerintahan Rasulullah SAW tiada sebarang perubahan yang dilakukan ke atas

syiling dinar emas dan baginda SAW memperakui dinar emas daripada kerajaan

Rom dan Parsi. Rentetan daripada itu, penggunaan dinar emas sebagai alat

pertukaran terus berkembang pada zaman khalifah Abu Bakar, Umar Al-Khattab

sehinggalah berlaku perubahan paling ketara semasa zaman Abdul Malik bin

Marwan apabila pada ketika itu satu dinar Islam yang pertama telah dikeluarkan.

Akhirnya, dinar emas terus berkembang sehinggalah berakhirnya pada kerajaan

Turki Uthmaniah.

Demikian, dalam sejarah yang lain, dinar emas turut menular sehingga ke alam

melayu. Negeri Kelantan adalah antara negeri yang terawal mempunyai mata wang

daripada jenis dinar emas. Penularan dinar emas terus berkembang sehingga ke

Melaka, Kedah, Terengganu dan Johor termasuklah ke wilayah Acheh dan Pattani.

Berbalik kepada sejarah perkembangan wakaf yang menggunakan dinar emas adalah

bermula daripada amalan dalam kalangan masyarakat Uthmaniah sejak awal abab

ke-15 lagi (Sevket Pamuk, 2000; Timur Kuran 2010)6 yang menjadikan dinar emas

dan perak antara salah satu mauquf wakaf. Berdasarkan sejarah, wakaf DE dan

perak ini telah ditemui pertama kalinya di Erdine pada tahun 1423 (Mandaville,

1979)7. Akhirnya pada tahun 1560, ia telah menjadi kaedah berwakaf yang paling

dominan di seluruh wilayah Uthmaniah berbanding dengan kaedah tradisional.

Walau bagaimanapun ekoran kejatuhan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1924 telah

membawa kehancuran kepada keruntuhan wakaf tunai. Kedudukan institusi ini

dilihat menjadi semakin parah semasa zaman permoDEnannya yang membawa

kepada pemansuhan amalan wakaf tunai secara total pada tahun 1954 (Razali

Othman & Rohayu Abdul Ghani, 2010)8

Oleh hal yang demikian, jelas terbukti bahawa dinar emas dan wakaf menggunakan

dinar emas dan perak sudah diamalkan sejak berkurun lagi. Begitu jugalah,

situasinya yang berlaku di alam melayu penularan dinar emas turut berkembang.

Walau bagaimanapun, pada era kini situasi di Malaysia khususnya, pengamalan dinar

6 Dipetik dalam Razali Othman, (2013).

7 Dipetik dalam Razali Othman, (2013).

8 Dipetik dalam Razali Othman, (2013).

Page 6: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 452

emas seakan-akan luput ditelan zaman9. Mengapakah Malaysia sebagai sebuah

negara Islam khususnya, tidak menjadikan sejarah lampau sebagai agenda untuk

kemajuan masakini? Sedangkan sudah terbukti bahawa zaman Rasulullah SAW

sendiri telah menggunakan dinar emas dan perak sebagai salah satu alat pertukaran

dalam sektor ekonomi. Oleh yang demikian, satu lagi persoalan yang perlu

dirungkaikan adalah berkenaan dengan adakah mekanisme dinar emas bersesuaian

untuk diaplikasikan sebagai satu kaedah berwakaf? berbanding wang fiat yang

diteliti tidak menepati kehendak syarak dalam kaedah berwakaf. Perkara ini

berikutan, terdapat beberapa kelebihan yang sering diutarakan berkenaan sifat

kestabilan dinar emas berbanding mekanisme yang lain. Lebih-lebih lagi apabila

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda “ dinar dengan dinar, tidak ada kelebihan

antara kedua-duanya (jika dipertukarkan); dan dirham Dengan dirham dan tidak

ada kelebihan di antara kedua-duanya (jika dipertukarkan)” (Muslim: 2974).

Berdasarkan hadis yang dinyatakan di atas perkataan dinar dan dirham telah disebut

berulang-ulang kali yang menggambarkan kelebihan kedua-duanya. Tambahan pula,

kelebihan yang nyata pada sifat dinar emas adalah terdapat ayat al-Quran yang

menyebutkan wang dinar dan dirham.Firman Allah SWT bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar

daripada orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar

memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi

(manusia) daripada jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas

dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka

beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang

pedih.” (al-Taubah, 9:34)

“Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya

harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada

orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak

dikembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang

Demikian itu lantaran mereka menyatakan: “tidak ada dosa bagi kami terhadap

orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka

mengetahui.” (Ali Imran, 3:75)

Dengan ini, berdasarkan keperluan kepada tuntutan sejarah ditambah pula dengan

sokongan terhadap kelebihan perkataan dinar yang telah disebut berulang kali dalam

Al-Quran dan hadis adakah terbukti bahawa dinar emas adalah mekanisme yang

terbaik ataupun sebaliknya. Terutama untuk diaplikasikan dalam urusan keagamaan

seperti institusi wakaf. Oleh itu, pentingnya melihat sejauh manakah pendekatan

dinar emas sebagai mauquf wakaf menepati maqasih wakaf tunai? Tambahan pula,

terdapat saranan alternatif penggunaan wang fiat yang digunakan sebagai instrumen

wakaf tunai yang digunakan pada masa kini. Empat pendekatan berbentuk alternatif

jangka pendek disarankan iaitu menukarkan terus wang fiat kepada harta alih, emas

sebagai instrumen wakaf, mewakafkan barang fizikal, wakaf warisan dan

pembiayaan luar (Razali Othman, 2014).

9 Walaupun terhadap usaha-usaha mengembalikan dinar emas tetapi tidak secara menyeluruh dan

seakan-akan sukar untuk dilaksanakan sedangkan perkara itu tidaklah mustahil untuk dilaksanakan.

Page 7: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 453

Sementara itu, emas sebagai mata wang pula disarankan sebagai alternatif jangka

panjang. Penggunaan emas sebagai mata wang dilihat sebagai alternatif instrumen

wakaf tunai yang sangat ideal dan menepati ruang lingkup maqasid dan pensyariatan

Islam. Hal ini kerana, dilihat bahawa sifat emas yang stabil dan tiada inflasi

sepanjang penggunaannya, terbukti menjadi penyimpan nilai yang unggul (Razali

Othman, 2014)

Tambahan pula, di Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah melahirkan

hasratnya agar penggunaan dinar emas sebagai satu jalan penyelesaian terhadap isu

kewangan. Oleh yang Demikian, perlunya saranan golongan pemimpin

dititikberatkan agar kemajuan sesebuah negara lebih terjamin. Walau bagaimanapun,

jika diteliti fenomena yang berlaku pada Negara Malaysia kini berhubung

pengaplikasian dinar emas, hanya terdapat beberapa pelaksanaan yang telah

dijalankan antaranya cadangan pengalikasian dinar emas dalam perdagangan

antarabangsa iaitu Sistem Pembangunan Dua Hala (BPA) dan Pelbagai Hala (MPA),

Sistem Pembangunan Elektronik E-dinar, Sistem Web Dinar, sumber pelaburan dan

dalam urusan keagamaan seperti mekanisme pembayaran zakat, urusan simpanan

haji, hantaran perkhawinan serta hadiah. Oleh yang demikian, didapati masih tidak

terhadap pengaplikasian dinar emas dalam urusan keagamaan terutama dalam

pengamalan wakaf sebagaimana usaha-usaha yang dijalankan kepada sistem zakat.

Terutama usaha-usaha pengaplikasian oleh institusi yang bertanggungjawab keatas

harta wakaf terutama MAIN.

KAEDAH PENYELIDIKAN BERHUBUNG POTENSI PENGGUNAAN

DINAR SEBAGAI MAUQUF WAKAF BERDASARKAN PANDANGAN

CENDEKIAWAN WAKAF

Reka Bentuk Kajian

Fokus utama kajian ini ialah meneliti potensi penggunaan dinar emas sebagai mauquf

wakaf berdasarkan pandangan para cendikiawan wakaf. Bagi tujuan kajian ini,

penyelidik menyifatkan bahawa kajian ini sebagai kajian penerokaan, ini bukan

bermakna tidak ada penulisan-penulisan terdahulu tentang wakaf dihasilkan, tetapi

setakat pemerhatian yang dilakukan, belum terdapat penelitian secara langsung

dalam bidang wakaf yang menghubungkait sebagai alternatif mauquf wakaf terutama

melibatkan harta alih. Maka, maklumat dan pengetahuan yang terperinci diperlukan

untuk memahami dan menilai permasalahan kajian secara lebih teliti (Azhar Harun &

Nawi Abdullah, 2004:6; E.Babbie, 2007:88; Chua Yan Piaw, 2007: 6-7; Sabitha

Marican, 2005:82; Sekaran, 2005:119-121).

Oleh yang demikian, menurut Mohd Ghani Awang, Suriya Kumar S, Siti Zanariah

Satari & Balan Kunjambu (2008), kajian penerokaan biasanya dijalankan untuk

memperjelaskan sesuatu permasalahan. Kebiasaannya, masalah yang diperjelas

adalah bersifat umum, bermatlamat memberi keterangan yang muktamad sebelum

sesuatu kesilapan dilakukan secara serius. Matlamat akhirnya agar sesuatu

penyelesaian sesuatu permasalahan dilaksanakan dengan secepat mungkin walaupun

menggunakan sebilangan kecil sampel dan bukti.

Seterusnya, menurut Sabitha Marican (2005:30), kajian berbentuk penerokaan adalah

satu bentuk kajian yang selalunya dijalankan bagi kajian yang kurang atau tiada

Page 8: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 454

maklumat yang berkaitan dengan kajian sebelumnya. Oleh yang demikian,

penyelidik-penyelidik menfokuskan pada beberapa pembolehubah yang berdasarkan

teori ataupun ulasan karya lepas yang menunjukkan ada perkaitan dengan sesuatu

masalah. Selari dengan itu, penyelidikan berbentuk penerokaan juga disifatkan

berperanan mendapatkan idea-idea yang baru ekoran kesukaran untuk memperolehi

maklumat. Oleh yang demikian, penerokaan yang dimaksudkan tidak bertujuan

memberi kepelbagaian maklumat atau menunjukkan hubungan sebab akibat tetapi

matlamat penyelidikan ini menumpukan kepada penerokaan idea-idea baru yang

bersifat umum dan berfokus kepada memberi kesimpulan yang lebih bermakna dan

tepat (Morley D.Glicken, 2003).

Secara dasarnya, sesuatu kajian penerokaan dilaksanakan apabila tidak banyak yang

mengetahui tentang keadaan sesuatu perkara walaupun beberapa maklumat boleh

didapati daripada penyelidikan sebelum ini. Oleh yang demikian, kajian penerokaan

dijalankan untuk memahami dengan lebih jelas tentang masalah yang sangat sedikit

dikaji oleh pengkaji sebelum ini terutama dalam sesuatu kawasan. Temu bual dengan

lebih ramai responden mungkin perlu untuk mendapatkan maklumat yang lebih

terperinci bagi sesuatu keadaan dan memahami fenomena dengan lebih terkesan agar

sesebuah penyelidikan dapat diteruskan (Sekaran, 2006:119).

Berdasarkan reka bentuk penerokaan, kajian ini terbahagi kepada dua fasa.

Memandangkan objektif utama dalam kajian ini ialah mengenal pasti kedudukan

dinar emas sebagai kaedah berwakaf, maka kajian ini adalah bersifat teoretikal.

Berbalik kepada objektif kedua dan ketiga, masing-masing disifatkan sebagai

berbentuk empirikal kerana keduanya bermatlamat menganalisis penggunaan dinar

emas dan merumus kesesuaian dinar emas menurut pandangan para cendikiawan

wakaf.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pada hakikatnya, fasa yang paling kritikal dalam penyelidikan adalah pada peringkat

pengumpulan data. Kajian lapangan yang dijalankan biasanya melibatkan

penghitungan peribadi dan berkemungkinan pada peringkat ini banyak masalah yang

timbul (Martin Bulmer & Donald P. Warwick, 1993). Bagi mengurangkan

kepelbagaian masalah yang mungkin wujud, maka kajian ini menumpukan kepada

dua data utama. Data yang digunakan terdiri daripada data primer dan data sekunder.

Data primer diperolehi secara langsung oleh penyelidik daripada responden kajian,

manakala data sekunder merupakan data yang diperolehi daripada sumber-sumber

yang ada. Kaedah Pengumpulan kedua-dua data tersebut diperincikan seperti berikut.

Pengumpulan Data Primer

Data primer merupakan data yang diperoleh secara lansung oleh penyelidik daripada

responden kajian. Pengumpulan data primer ini melibatkan dua peringkat kajian.

Pertama, peringkat kajian rintis. Keduanya pula ialah kajian sebenar. Kedua-dua

peringkat tersebut memerlukan maklumat secara langsung daripada responden yang

terdiri daripada para cendikiawan wakaf berkaitan subjek yang dikaji. Bagi

memenuhi keperluan kajian ini, kaedah pengumpulan data primer dilaksanakan

berdasarkan temu bual mendalam separa berstuktur. Temu bual merupakan satu

Page 9: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 455

kaedah pengumpulan data yang melibatkan aktiviti seorang penyelidik menyoal

untuk mendapatkan jawapan-jawapan yang dihajati daripada responden atau peserta

penyelidikan. Manakala, satu kaedah yang membolehkan penyelidik mengakses

persepsi responden, makna atau pemahaman, takrifan tentang sesuatu situasi, dan

konstruk realiti dunia sebagaimana dilihat dan dialami oleh responden (Noraini Idris,

2010).

Kaedah Pensampelan Data

Kaedah pensampelan data adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek

daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Pensampelan

merupakan satu aspek penting dalam penyelidikan kerana penggunaan sampel yang

tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian (Chua Yan

Piaw, 2011:203). Dengan kata lain, sampel merujuk kepada beberapa unit populasi

yang terdiri daripada beberapa anggota yang dipilih daripadanya. Kerana itu, subjek

daripada dipilih berdasarkan beberapa populasi tetapi tidak semua populasi. Ertinya,

sampel mencakupi satu kumpulan kecil (Sekaran, 2006:226).

Sehubungan dengan itu, menurut Poduri S.R.S. Rao (2000:5), rangka pensampelan

adalah sampel yang dipilih daripada sebuah bingkai yang mengandungi senarai

semua unit populasi yang hendak dikaji. Sebuah bingkai tersebut perlu mengandungi

semua unit populasi yang sedang dibincangkan iaitu kumpulan sasar. Menariknya,

Sekaran (2006:267), sebab perlunya menggunakan kaedah pensampelan kerana agak

mustahil penyelidik untuk mengumpul data dari satu-satu ujian atau memeriksa

setiap elemen. Walaupun mungkin boleh dilaksanakan, tetapi melibatkan

pengambilan masa yang lama. Ditambah pula Dengan jumlah kos yang tinggi dan

memerlukan sumber manusia yang ramai.

Seperti yang diterangkan, kaedah pensampelan data yang difahami oleh penyelidik

bermaksud satu proses memilih, menentukan dan mencari sesebuah unit, subjek atau

populasi untuk dijadikan responden dalam sesebuah kajian. Maka, berdasarkan

keperluan dalam kajian ini, pensampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan

sebagai salah satu kaedah pensampelan. Oleh hal demikian, Sekaran (2006:277),

menyifatkan bahawa pensampelan bertujuan adalah satu kaedah mendapatkan

maklumat daripada individu yang paling mudah atau boleh didapati dengan mudah.

Pada masa sama, menjadi keperluan untuk mendapatkan maklumat daripada

kumpulan sasaran tertentu. Selanjutnya, menurutnya lagi pensampelan bertujuan

terhad kepada kategori individu tertentu yang boleh memberi maklumat yang

dikehendaki, sama ada individu-individu yang mempunyai beberapa kriteria

ditetapkan oleh pengkaji.

Selain itu, kaedah pensampelan bertujuan hampir sama dengan penelitian kumpulan

fokus. Namun ia menumpukan kepada keadah mendapatkan maklumat dalam satu

masa melibatkan ramai responden. Hal ini kerana, definisi ringkas mengenai

kumpulan fokus adalah berdasarkan wawancara atau perbincangan kumpulan.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini boleh dikatakan bahawa kumpulan fokus

terdiri daripada kumpulan kecil yang terdiri daripada individu biasanya berjumlah

antara enam dan sepuluh orang, yang berkumpul untuk menyatakan pandangan

Page 10: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 456

mereka tentang topik yang ditakrifkan oleh penyelidik. Fasilitator atau moderator

membawa kumpulan itu dan memberi panduan perbincangan antara peserta. Secara

umumnya, kumpulan fokus berlangsung selama satu atau setengah jam turut

berlanjutan selama dua jam. Alat perakam digunakan seperti video digunakan untuk

tujuan analisis (Ann Cronin, 2008:227-228).

Pemilihan Responden

Merujuk kepada kajian ini, pemilihan responden adalah berdasarkan pensampelan

bertujuan yang telah dinyatakan sebelum ini. Menurut Sabitha Marican (2006)

menyatakan lazimnya individu yang dipilih itu akan meningkatkan nilai maklumat

yang dikehendaki oleh penyelidik terhadap situasi, individu, tingkah laku yang dikaji

oleh penyelidik. Justifikasi pemilihan sampel menggunakan kaedah pensampelan

bertujuan bersesuaian kerana pandangan para cendikiawan wakaf diperlukan bagi

mengukuhkan lagi fakta-fakta melalui data sekunder. Berdasarkan pertimbangan

sendiri untuk memilih responden yang paling sesuai dengan tujuan kajian, maka

kajian ini menjalankan temu bual mendalam separa berstuktur terhadap 10 orang

cendikiawan wakaf semasa kajian sebenar, 2 orang cendikiawan wakaf semasa kajian

rintis. Cendikiawan wakaf yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan

oleh penyelidik. Kriteria yang ditetapkan adalah merangkumi jawatan yang

dipegang, pengalaman luas dalam bidang wakaf tunai, dinar emas, muamalat Islam

dan ekonomi Islam.

Instrumen Kajian

Dalam penyelidikan ini, temu bual mendalam separa berstuktur menjadi tunjang

utama untuk mendapatkan pandangan para cendikiawan wakaf terhadap subjek

kajian bersesuai dengan rekabentuk kajian ini yang berbentuk kualitatif. Penelitian

terhadap penyelidikan kualitatif mempamerkan bahawa, penyelidikan kualitatif kerap

didefinisikan sebagai kajian yang tidak melibatkan pengukuran atau teknik statistik.

Hal ini kerana, penyelidikan jenis ini sering menggunakan idea-idea umum, tema,

konsep sebagai alat analisis untuk membuat generalisasi. Analisis kualitatif sering

menggunakan konsep pembolehubah nominal pada peringkat mudah (Neuman,

2007:329).

Lantaran itu, tujuan penyelidikan kualitatif dilakukan untuk mengkaji dan memahami

proses yang berlaku dalam situasi dan keadaan yang realistik agar maklumat yang

releven dengan kajian mampu dicapai. Dengan kata lain, tujuannya mendekati dunia

subjek kajian dan memahami situasi sebenar yang dialami dan difikirkan oleh

responden. Disamping mengetahui perasaan dan pendapat responden secara

langsung. Maka, kaedah ini menggunakan pengetahuan umum yang sudah diketahui

dan tidak dinyatakan dalam proposisi dan hipotesis (Rozmi Ismail, 2013:114).

Menurut Noraini Idris (2010:448), pengumpulan data kualitatif diperoleh daripada

pelbagai sumber melalui pelbagai strategi berbeza. Data kualitatif adalah data

berbentuk teks, tidak berstuktur dan bukan bernombor. Beberapa kaedah

pengumpulan data kualitatif yang sering digunakan antaranya pemerhatian, temu

Page 11: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 457

bual, soal selidik, artifak dan kajian dokumen. Kepentingan penyelidikan kualitatif

adalah melalui penghuraian data dalam bentuk teks supaaya pengkaji dapat

memahami fenomena yang dikaji secara mendalam. Ini kerana tingkah laku dan

emosi manusia, ciri-ciri dan situasi-situasi persekitaran sukar difahami dengan

sepenuhnya dengan menggunakan angka (Chua Yan Piaw, 2012:57).

Justeru itu, pendekatan penyelidikan berbentuk kualitatif bersesuai dengan instrumen

yang diguna pakai dalam kajian ini. Oleh kerana itu, justifikasi penggunaan

instrumen kajian dalam kaedah temu bual mendalam separa berstuktur dijelaskan

dalam bahagian berikutnya.

Temu bual Mendalam Separa Berstuktur

Menurut D.J. Casley & D.A.Lury (1987:110) dalam penulisannya mengenai temu

bual responden, beliau menyifatkan bahawa pertemuan pertama antara responden

dan penyelidik adalah sangat penting kerana memberi kesan terhadap keseluruhan

urusan temu bual. Secara umumnya, penyelidik terlalu kasual tentang pertemuan

pertama. Oleh yang demikian, personaliti terbaik adalah perkara utama yang harus

ditonjolkan oleh penyelidik.

Secara umum, temu bual muka-ke-muka (face-to-face interviews) dalam konteks

kajian penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai interaksi muka-ke-muka antara dua

orang yang melibatkan penemubual yang berperanan sebagai individu yang

menanyakan soalan dan responden sebagai individu yang akan menjawab soalan

tersebut. Ciri-ciri penting dalam satu temu bual muka-ke-muka adalah hubungan

peribadi yang langsung antara penemubual dengan responden (Geert Loosveldt,

2008:201). Sesuai dengan, temu bual muka-ke-muka yang dirujuk sebagai kajian

temu bual peribadi, kebiasaanya maklumat dikutip oleh penemubual di rumah,

pejabat atau lokasi yang memudahkan responden. Elemen utama adalah bahawa

responden dan penemubual adalah bersama-sama di lokasi yang sama (Johnny Blair,

Ronald F. Czaja & Edward A. Blair, 2014:68).

Berbalik kepada temu bual mendalam separa berstuktur antara kaedah soalan yang

dikemukakan kepada responden menggunakan cara serta mengikut susunan yang

sama. Penyelidik mempermudahkan serta memperjelaskan soalan dalam had yang

ditetapkan dan dibenarkan. Kaedah temu bual ini menjurus kepada orientasi

maklumat yang diharapkan dan ditentukan sahaja secara ringkas dan padat (Sidek

Mohd Noah, 2002:77).

Dengan ini, kaedah temu bual mendalam separa berstuktur dilihat berupaya

membekalkan maklumat yang dikehendaki dalam kajian. Sidek Mohd Noah

(2002:77) menerangkan bahawa soalan yang dikemukakan kepada responden

disusun dan dijadualkan tetapi responden diberi kelonggoran semasa memberi

jawapan. Soalan mungkin diubah suai dari segi susunan dan cara menyoal agar lebih

fleksibel. Maklumat lengkap yang diharapkan boleh diperoleh disamping mempunyai

peluang meneliti perkara lain yang berkaitan secara tidak langsung Dengan tujuan

kajian secara lebih mendalam.

Page 12: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 458

Justeru itu, bagi memenuhi keperluan kajian ini kaedah temu bual mendalam separa

berstuktur diguna pakai. Terdapat lima aspek yang ingin diteliti dalam sesi temu bual

ini. Pertama, penelitian terhadap jenis-jenis mauquf wakaf. Kedua, meneliti

kelebihan dan kekurangan wang fiat sebagai mauquf wakaf. Ketiga, menilai samaada

aplikasi penggunaan dinar emas menepati maqasid wakaf. Keempat, pandangan

cendikiawan wakaf mengenai penggunaan dinar emas sebagai mauquf wakaf.

Kelima, merumus kesesuaian dinar emas sebagai mauquf wakaf.

Kajian Rintis

Bagi melihat kebolehlaksanaan atau kemunasabahan sesuatu dalam kajian ini, kajian

rintis (Pilot Study) dilakukan secara kecil-kecilan sebelum kajian sebenar dijalankan.

Dalam kajian ini, temu bual mendalam separa berstuktur dijalankan, maka sebelum

kajian sebenar dijalankan pra-ujian panduan temu bual dilakukan kepada para

cendikiawan wakaf. Hal ini bagi memastikan soalan-soalan yang dibentuk semasa

temu bual sesuai diguna pakai dalam penyelidikan. Menurut Chua Yan Paiw (2006),

kebaikan melaksanakan kajian rintis ialah data yang dikumpul mungkin memberi

amaran kepada pengkaji bahawa kajian sebenar yang akan dilakukan akan

bermasalah, garis cadangan kajian kurang mantap, atau instrumen kajian yang

digunakan kurang sesuai dan pelbagai kelemahan dapat diperbaiki selepas

melakukan kajian rintis sebelum menjalankan kajian lapangan sebenar.

Pemilihan responden bagi kajian rintis ini dibuat menggunakan kaedah pensampelan

bertujuan. Dua orang cendikiawan wakaf telah dipilih bagi mewakili responden

kajian rintis ini. Cendikiawan wakaf tersebut merupakan terdiri daripada tokoh

agama dan pengamal wakaf.

Pengumpulan Data Sekunder

Pengumpulan data sekunder dibuat menerusi kajian perpustakaan. Pengumpulan data

sekunder dalam kajian ini melibatkan sumber-sumber berteraskan Islam.

Pengumpulan data berteraskan unsur-unsur Islam meliputi al-Quran, Hadis, Qiyas,

Ijmak dan kitab-kitab yang dihasilkan oleh ulama muktabar. Sumber-sumber

dokumentasi turut digunakan dalam kajian ini meliputi jurnal, tesis, disertasi, laporan

tahunan, buku, artikel, kertas seminar, rekod jabatan, laporan di MAIN, majalah dan

lain-lain teks yang berkaitan. Laman-laman sesawang yang utama dikunjungi ialah

laman sesawang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia, Yayasan Wakaf

Malaysia (YWM), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Universiti-universiti dan

organisasi-organisasi lain yang berkaitan. Hasil pengumpulan data sekunder

membawa kepada pembinaan kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini.

KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Kaedah analisis yang diguna pakai adalah kaedah analisis kandungan (content

analysis). Kaedah ini dipilih kerana kedua-dua data primer dan sekunder adalah

berbentuk kualitatif. Menganalisis data kajian adalah satu langkah yang penting dan

menarik dalam proses kaedah tinjauan. Hal ini bermakna, penyelidik berhak

mendedahkan fakta yang penting samaada mendedahkan keadaan yang mungkin

telah diketahui wujud atau memberikan fakta-fakta yang tidak dapat disangkal.

Page 13: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 459

Semasa penyelidik melakukan penganalisisan data kajian, perbandingan data secara

mendalam diteliti agar kewujudan pelbagai data akan membantu penyelidik

memahami dengan lebih lanjut mengenai responden. Oleh yang demikian, ia dapat

membantu penyelidik membuat keputusan yang lebih baik (Mukesh Kumar, Salim

Abdul Talib & T. Ramayah, 2013:157-158). Menurut Mohd. Ghani Awang, Suriya

Kumar S, Siti Zanariah Satari & Balan Kunjambu (2008:85), untuk membuat data

yang sedia lebih bermakna, penyelidik perlu mengkaji dan menganalisis maklumat

yang diberikan dalam bentuk statistik grafik dan DEskriptif. Oleh yang demikian,

penyelidik dapat mengenal pasti sekiranya terdapat hubungan dalam maklumat yang

diberikan. Sekiranya maklumat yang diberikan bersesuai Dengan subjek kajian,

seseorang penyelidik boleh mempertimbangkan untuk membuat apa sahaja

keputusan.

Analisis kandungan bertujuan mencari tema-tema khusus ataupun umum dari bahan-

bahan sekunder dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Analisis kandungan adalah

bertumpukan pada perkataan yang disebut atau ditulis (Sabitha Marican, 2005:241-

242). Analisis kandungan merupakan pendekatan yang menumpukan secara khusus

terhadap isi kandungan teks (Neuman, 2003:310; Puvenesvary et al, 2008:101). Ia

tidak terhad kepada bahan-bahan berbentuk teks sahaja tetapi merangkumi bahan-

bahan lain yang boleh ditaksirkan seperti simbol, hasil seni, peta, bunyi dan laporan

statistik (Krippendorff, 2004:19). Memandangkan kajian ini menumpukan kepada

pandangan para cendikiawan wakaf terhadap dinar emas sebagai mekanisme wakaf

tunai, maka analisis kandungan dilihat sangat sesuai digunakan dalam kajian ini.

Penganalisisan Data Primer

Analisis kandungan digunakan untuk meneliti maklumat-maklumat primer yang

diperolehi daripada temu bual mendalam separa berstuktur. Maklumat-maklumat

temu bual berkenaan digunakan untuk menjawab objektif kajian kedua dan ketiga.

Secara ringkas, data yang diperolehi dikumpul dan diklasifikasikan mengikut tema-

tema tertentu untuk dibuat perbandingan dan perbincangan. Manakala, untuk

menghasilkan sebuah analisis yang lebih berkesan, analisis kandungan dilakukan

dengan bantuan jadual-jadual dan petikan-petikan daripada pandangan yang

dikemukakan oleh cendikiawan wakaf.

Penganalisisan ke atas data primer melibatkan objektif kajian kedua dan ketiga.

Terdapat empat persoalan dalam objektif kajian kedua dan satu persoalan yang

dikemukan dalam objektif kajian ketiga. Bagi objektif pertama, pengumpulan data

melibatkan kajian perpustakaan, manakala bagi objektif kedua dan ketiga,

kesemuanya melibatkan pengumpulan data melalui kajian perpustakaan dan temu

bual mendalam separa berstuktur. Kesemua persoalan bagi kedua-dua objektif kajian

berkenaan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Analisis kandungan

dilakukan menerusi penelitian ke atas transkrip-transkip temu bual bersama

cendikiawan wakaf.

Penganalisisan Data Sekunder

Penganalisisan ke atas data sekunder juga menggunakan pakai kaedah analisis

kandungan. Seperti juga dalam penganalisisan data primer, analisis kandungan ke

Page 14: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 460

atas data sekunder turut dibantu oleh jadual. Oleh yang Demikian, Jadual 3.5,

analisis data sekunder terlibat bagi ketiga-tiga objektif. Bahan-bahan yang diguna

pakai dalam penganalisisan data termasuklah bahan-bahan teks sepertimana yang

dinyatakan sebelum ini.

TATACARA KAJIAN

Tatacara kajian mengambarkan prosedur keseluruhan kajian. Melalui tatacara kajian,

penyelidik memberi gambaran prosedur kajian sebenar, menggambarkan kajian ini

bermula Dengan penelitian ke atas bahan-bahan rujukan perpustakaan. Ia bertujuan

untuk membina sebuah kerangka konseptual sebagai teras dalam penelitian kajian.

Setelah kerangka konseptual ditetapkan, proses kajian diteruskan Dengan merangka

persampelan kajian. Berikutnya, ia disusuli Dengan pembentukan soalan-soalan

temu bual sebelum diuji melalui kajian rintis. Jika terdapat ketidaksesuaian soalan

temu bual, perubahan dilakukan sehingga menepati kehendak objektif kajian. Setelah

kajian lapangan sebenar dilaksanakan, maka penganalisisan data dilakukan. Setelah

penganalisisan data dihuraikan Dengan secara tidak langsung penemuan kajian akan

ditemui. Pada akhirnya, membentuk sebuah implikasi dasar terhadap subjek kajian

yang dijalankan.

KESIMPULAN

Kaedah penyelidikan diteliti dalam kertas kerja ini memberi gambaran tentang reka

bentuk kajian, pengumpulan data dan penganalisisan data bagi menjawab tentang

kajian berhubung potensi penggunaan dinar emas sebagai mauquf wakaf. Tambahan

pula, ukuran potensi adalah terletak kepada cendekiawan wakaf yang dipilih. Oleh

yang Demikian potensi dinar emas sebagai mauquf wakaf bergantung kepada

pendapat peribadi responden-responden. Keperluan untuk melihat penting

penggunaan dinar emas sebagai salah satu kaedah wakaf adalah satu tuntutan yang

wajar kerana permasalah atau isu berkaitan wang fiat terus diperkatakan sehingga

sekarang.

BIBLIOGRAFI

Abd Shakor Borham (2011). Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor

Corporation Berhad (jcorp): Satu Tinjaun. Kertas kerja dibentangkan di

International Conference on Humanities (INCoH 2011) anjuran Pusat

Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM pada 14-16 Jun 2011, Park Royal Hotel,

Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Ahamed Kameel Mydin Meera (2002). The Islamic Gold Dinar. Subang Jaya:

Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd.

Ahamed Kameel Mydin Meera (2010). Dinar Emas: Satu Gagasan dan Cabaran

Pelaksanaannya. Kertas kerja dibentangkan dalam Muzakarah Ahli-Ahli

Majlis Penasihat Islam Syariah Institusi Kewangan Malaysia kali ke-5, pada

17-19 Jun, Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor.

Ann Cronin (2008). Focus Groups dlm. Nigel Gilbert (ed). Researching Social

Life:SAGE Publication, Inc.

Page 15: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 461

Azhar Harun & Nawi Abdullah (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan

SainsSosial: Thomson Learning. Babbie, E. (2007). The Practice of

Social Research. California: Thomso Wadsworth.

Bank Muamalat (t.t). Riba dan Pengharamannya. Diakses dari

http://www.muamalat.com.my/downloads/media-

room/publications/BukuRiba gabung-ANNUAL.pdf pada 7 Dis 2014.

Chua Yan Piaw (2007). Penyelidikan Pendidikan: PenDEkatan Kuantitatif dan

Kualitatif. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan

Edisi Kedua. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik

Penyelidikan Edisi Kedua. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

D.J. Casley & D.A.Lury (1987). Data Collection in DEveloping Countries. United

States: Clarendon Press. OXFORD.

Deliarnov et al, (Eds).(2006). Ilmu Pengetahuan Sosial Ekonomi untuk SMP dan

MTs Kelas IX Standar Isi 2006. Jakarta: PT Gelora Aksara Pratama.

Geert Loosveldt (2008). Face-To-Face Interviews dlm D.DE Leeuw, Joop J.Hox &

Don A. Dillman (ed). International Handbook of Survey Methodology. New

York: Lawrence Erlbaum Associates.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (t.t). Himpunan Keputusan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat.

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Johnny Blair, Ronald F. Czaja & Edward A. Blair (2014). DEsigning Surveys a

GuiDE to DEcisions and Procedures: SAGE Publications, Inc.

Krippendorff, K. (2004). Content Analysis: An Introduction to Its Methodology.

California:Sage Publication, Inc.

Mahathir (1998). Ketidakstabilan Nilai Mata Wang. Wawancara dengan Tun Dr

Mahathir Mohamad diakses dari

http://straitstimes.asial.com.sg/kcl/klc7_0902.html pada 4 oktober 2014.

Manual Pengurusan Istibdal Wakaf (2010). Selangor: Najjah One Trading &

Services.

Martin Bulmer & Donald P. Warwick (1993). Sosial Research in Developing

Countries Surveys and Censuses in The Third World. London: UCL Press

Limited.

Mohammad Tahir Sabit Mohammad & Abdul Hamid Mar Iman (2006). Obstacles

oftheCurrent Concept of Waqf to the Development of Waqf Properties and

theRecommended Alternative. Diakses dari

http://eprints.utm.my/501/1/2738.pdfpada14 Mei 2014.

Mohd Faiz Mohamed Yusof & Mohd Adib Ismail (2011). Wang dan Pertumbuhan

Ekonomi: Penilaian Semula Peranan Wang Menurut Pandangan Iman Al

Ghazali.Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi

Malaysiake VI (PERKEM VI) “Ekonomi Berpendapatan Tinggi:

Transformasi Ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup”

pada 5-7 Jun 2011, Melaka.

Mohd Ghani Awang, Suriya Kumar S, Siti Zanariah Satari & Balan

Kunjambu(2008). An Introduction to Research Methodology for Sosial

Sciences.Kuantan: Reka Letak & Urus Cetak.

Page 16: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 462

Mohd Hafiz Fauzi, Muhamad Fadli Abdullah, Nurul Aiman Abdul Basik &

WanHanan Hanim Wan Mohamad (t.t). Perbankan Islam Untuk Bukan Islam

dari Perspektif Syariah. Diakses dari

http://www.muamalat.com.my/downloads/mediaroom/publications/PERBAN

KAN-ISLAM.pdf pada 7 Dis 2014.

Mohd Nazri Chik (2011). Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang

Kertas(fiat Money). Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Kewangan

Islampada 7 Mei 2011, Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul

AzizShah, Shah Alam, Selangor.

Mohd Saharuddin Shakrani, Jaafar Ahmad & Mohd Saifoul Zamzuri (2003).

Tinjauan Awal Isu-Isu Yang Membataskan Penggunaan Wakaf Dalam

Pembangunan Ekonomi Ummah Di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan

diBengkel Ekonomi Islam pada 15 Januari 2013, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi, Selangor.

Morley D. Glicken (2003). Social Research A Simple GuiDE.United States of

America:Library of Congreess Cataloging-in-Publication Data.

Mukesh Kumar, Salim Abdul Talib & T. Ramayah (2013). Business Research

Methods.New York: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Neuman, W. L. (2003). Social Research Methods: Qualitative and Quantititave

Approaches. Boston: Allyn an Bacon.

Neuman, W.L. (2007). Basic of Social Research: Qualitative and Quantitative

Approaches. United States of America: Pearson Education Inc.

Nor Fahimah Mohd Razif & Shamsiah Mohamad (2011). Risiko-Risiko Dalam

Kewangan Semasa: Penilaian Daripada Perspektif Islam. Kertas Kerja

dibentangkan di International Conference On Management (ICM 2011)

Proceeding pada 13-14 June 2011, Hydro Hotel, Pulau Pinang.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill

(Malaysia)Sdn.Bhd.

Poduri S.R.S. Rao (2000). Sampling Methodologies with Applications. Texts in

StatisticalScience: Chapman & Hall/CRC.

Puvenesvary, M., Radziah Abdul Rahim, Naidu, R. S., Mastura Badzis, Noor

FadhilahMat Nayan & Noor Hashima Abd Aziz (2008). Qualitative

Reasearch:Data Collection & Data Analysis Techniques. Sintok: Universiti

Utara Malaysia Press.

Razali Othman (2013). Instrumen Wakaf Tunai: Analisis Falsafah Penciptaan Wang

Fiat Daripada Perspektif Maqsad Wakaf Tunai. Kertas Kerja dibentangkan

the7th

Isdev International Graduate Workshop (INGRAW 2013) anjuran

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) pada 30-31 Oktober

2013, Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM, Pulau Pinang.

Razali Othman (2014). Penggunaan Wang Sebagai Instrumen Wakaf Tunai: Satu

Kajian Teoretis. Tesis Doktor Falsafah, tidak diterbitkan, Pusat Pengajian

Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Reevany Bustami, Eleesya Nasruddin & Norman Blaikie (2004). Lima Falsafah

Penyelidikan Paradigma dan Strategi Penyelidikan untuk Sains Sosial dan

Pengurusan. Pulau Pinang: Dots Graphics.

Rozmi Ismail (2013). Metodologi Penyelidikan Teori dan Praktis. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Prentice Hall.

Page 17: Che Khadijah Hamid

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 463

Sekaran, U. (2005). Research Methods for Business: A Skill-Building Approach :

John Wiley & Sons Inc.

Sekaran, U. (2006). Research Methods for Business : A Skill Buiding Approach. New

DElhi: John Wiley & Sons Inc.

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falfasah Teori dan Praktis.

Yayasan Wakaf Malaysia (2013). Pengenalan Wakaf. Diakses

darihttps://www.ywm.gov.my/wakaf/pengenalan pada 7 Dis 2014.